16 July 2010

. Announcement .

Assalamualaikum
&
Hai semuaaaa ......


ok ..
na cuma nak cakap yang order untuk KEK LAPIS SARAWAK , CUPCAKES & OTHERS CAKES
dah pun dibuka untuk tempahan raya yer  ......

gambar & harga akan diberitahu kelak ..
setelah semua gambar siap edit ..

lagi 1 ..
untuk cupcakes pulak kan ..
hanya yang PLAIN sahaja akan di pos ..
kalau yang deco & ada hiasan cantik-cantik tu .
hanya untuk area KEDAH , PERLIS & PULAU PINANG sahaja .
harga tidak termasuk kos penghantaran .
kalau nak COD pun boleh ..
di galakkan sangat-sangat .


ok ..bercakap pasal cara penghantaran untuk kek lapis ni kan .
na mungkin akan gunakan khidmat bus ekspress untuk yang tempah luar dari kawasan utara semenanjung ni .
atau pun , mungkin akan gunakan sistem courier yang dijamin selamat sampai punya .. :)

jadi ..
jangan lepaskan peluang ..

starting price ialah RM 20 ke atas sahaja ..

yang penting kami gunaBUTTER yer ..
sepanjang na berniaga . na tak pernah guna planta or marjerin ..
sebab na sendiri pun tak makan mana-mana kek yang guna planta @ marjerin ni ..
rasanya sangatlah tak sedap !!
walaupun diorang iklankan kat tv guna planta sedap & sesuai buat kek ..
tapi hakikatnya SANGAT TAK SEDAP ..
tanyalah pada sapa-sapa yang jual kek yang guna mentega .
kenapa diorang tak guna planta ..
:)

jadi jangan risau ..
semuanya sedap !
& yang paling penting .
bahan yang kami guna banyak di import dari pengeluar asli & utama kek lapis sarawak iaitu SARAWAK la kan.....
contohnya tepung kek , coklat masam manis , gula perang, ovellete.. & macam-macam lagi ..

sebabnya ??

na orang SARAWAK ..
hehehe..
mestila nak yang sedap-sedap kan ..
nanti buat tak sedap ..
jatuhla martabat orang sarawak ..
kerana sarawak terkenal dengan Kek Lapis nya yang macam-macam corak tu .. :)

untuk edisi ni 
mungkin na akan keluarkan lebih dari 20 jenis kek lapis sarawak 
dengan pelbagai corak , rasa & yang paling penting ...
HARGA nya sangat murah tau 
sebab na tau , kebanyakkan yang nak beli selalunya student ...

insyaAllah ... na akan publish semuanya dalam masa terdekat .
kalau na tak sempat snap .. mungkin na akan lukis sahaja gambar nye ..
sebab takut tak sempat pulak nak taking order kan ... 

ni contoh-contoh kek nye .. 



tapi !!
design & colornya akan diubah yer ..
mana na rasa cantik . na letak ..
sebab na suka yang cantik & sedap .
takkan nak bagi yang customer tak sedap & buruk .. kan kan kan ?

enjoy ..

ape-apehal .
kalau nak order awal-awal ni pun boleh
just mesej or email na

setakat ni pun ,
dah ramai yang mula order ..

oh..lupa ..
na akan tutup order 1minggu sebelum raya yer .....
takut tak menang tangan pulak .
lagipun yang buatnya na & mak na ..

happy eating & happy ordering ..
hehehe

No comments: